Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Sejarah Kampung Masjid Baru pada asalnya bernama Tambak Ilin. Apabila terbinanya masjid di sini, kerana pada tahun 1949, penduduk kampung tiada nama yang sesuai untuk menamakan masjid ini, kerana Kampung Nyalas sudah mepunyai sebuah masjid iaitu Masjid Tua Nyalas.

Oleh kerana dalam kampung kariah Masjid Nyalas terlalu luas hingga 10 km sehingga Kampung Pondok Batang, maka, Allahyarham Tuan Haji Mohamad Nor Bin Latiff telah berbincang dengan penduduk kampung untuk mencari satu nama yang sesuai dan telah mencapai kata sepakat untuk menamakan kariah ini sebagai Masjid Baru. Maka nama kampung ini dinamakan sebagai Kampung Masjid Baru bagi memudahkan panggilan dan pengenalan.

Pada tahun 1979 tertubuhnya JKKK prasarana Kampung Masjid Baru, Gubah yang dipengerusikan ketika itu ialah Allahyarham Tuan Haji Mohamad Bin Pindah. Dan sekarang diketuai oleh Encik Ismail Bin Ahmad.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


Pertandingan Bowling dengan kerjasama JKKK

27 Disember 2015 | Aktiviti Terkini

Pertandingan Bowling ini diadakan dengan kerjasama JKKK Kg Masjid Baru. Program ini dirasmikan oleh Yg Berbahagia Datuk Hj Rospandi bin Leman, Timbalan Ketua UMNO Cawangan Alor Gajah. Pertandingan ini telah diadakan di Melaka International Bowling Centre, (MIBC) MITC Melaka. Seramai 120 orang telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini bertujuan untuk mengerat hubungan silaturrahim dan kekeluargaan penduduk Kg Masjid Baru...... teruskan membaca

Kids Fun Festival Melaka

28 - 29 November 2015 | Aktiviti Terkini

Kids Fun Festival 2015 diadakan di Muzium Istana Kesultanan Melaka bersebelahan dengan Kota A' Famosa, dianjurkan oleh SG Graphic Industri. Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk mengumpul dana bagi membantu kanak-kanak kurang upaya dan istimewa (AUTISME). Selain itu, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti, Kid's Dance, Pertandingan Mewarna, Kids Fashion Show dan banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik..... teruskan membaca

Online Games "BLOCKADE"

24 Oktober 2015 | Aktiviti Terkini

Pertandingan Online Games ini diadakan secara berkumpulan. Ia daapt memupuk semangat berpasukan sesama ahli, meningkat deria penglihatan (eye focussing), dan pemikiran untuk memikirkan strategi-strategi perlawanan..... teruskan membaca

Cross Words Kemerdekaan

26 September 2015 | Aktiviti Terkini

Cross Words Kemerdekaan bersempena bulan Kemerdekaan dan juga Hari Malaysia. Pertandingan ini dapat memupuk semangat kemerdekaan dan juga mengingatkan mereka terhadap tarikh-tarikh penting, nama tokoh, peristiwa, tempat dan sebagainya..... teruskan membaca

Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2015

08 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini

Seperti tahun-tahun lepas, pada tahun ini juga kami Pihak Pengurusan PI1M Masjid Baru mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri. Jamuan ini diadakan secara bersederhana untuk merapatkan jurang silaturahim antara pihak PI1M....... teruskan membaca

Pertandingan Mencipta Kad Ucapan Hari ibu dan Hari Guru

15 Mei 2015 | Aktiviti Terkini

Pertandingan Merekacipta Kad Ucapan Hari Ibu dan Hari Guru telah mendapat sambutan daripada para pelajar penduduk kampung Masjid Baru. Seramai 13 orang telah menyertai pertandingan ini....... teruskan membaca

kelas ict bersama JKKK

10 Mei 2015 | Aktiviti Terkini

Kelas ICT bersama JKKK Kg Masjid Baru Gubah. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli JKKK mengenai kegunaan Internet dam komputer bagi mereka yang masih belum biasa atau tidak tahu menggunakannya...... teruskan membaca

tutorial bunga crepe

26 April 2015 | Aktiviti Terkini

Tutorial gubahan Bunga Crepe ini telah disertai oleh penduduk kampung dan juga JKKK Kg Masjid Baru Gubah. Kesudian dan kerjasama daripada JKKK dan penduduk kampung telah memeriahkan lagi program pada kali ini....... teruskan membaca

pertandingan mewarna bersama keluarga

21 Mac 2015 | Aktiviti Terkini

Pertandingan Mewarna Bersama Keluarga telah disertai oleh 12 orang peserta yang terdiri daripada golongan kanak-kanak dan remaja. Pertandingan ini berlangsung selama 2 jam dan dihadiri juga oleh ibu bapa dan juga pihak JKKK Masjid Baru Gubah....... teruskan membaca

LAWATAN JKKK KE PI1M & MESYUARAT BERSAMA JKKK MASJID BARU GUBAH

06 Februari 2015 | Aktiviti Terkini

Keperihatinan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Masjid Baru Gubah untuk melawat Pusat Internet 1Malaysia di sini amat dialu-alukan oleh pihak kami. Lawatan JKKK ke PI1M adalah untuk melihat sejauh mana perkembangan PI1M selain memantau sebarang aktiviti pengguna di sini. Di samping itu juga, pihak JKKK telah mengadakan mesyuarat bulanan di Bilik Latihan PI1M. Kami bagi pihak pengurusan PI1M juga telah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Mesyuarat ini telah...... teruskan membaca

PERTANDINGAN MEREKACIPTA JADUAL WAKTU PERSEKOLAHAN & GUESS A CANDY BOX

24 Januari 2015 | Aktiviti Terkini

Bersempena musim kembali ke sekolah, pihak pengurusan PI1M Masjid Baru telah mengadakan Pertandingan Merekacipta Jadual Waktu Persekolahan, untuk para pelajar dan juga Guess A Candy Box untuk semua golongan. Pertandingan merekacipta jadual waktu persekolahan ini adalah dengan menggunakan perisian komputer iaitu Microsoft Words & Paint. Selain itu, medium pencarian 'Google Search' juga digunakan untuk para peserta mencari contoh-contoh jadual waktu sebagai rujukan mereka...... teruskan membaca

lagi berita & aktiviti