Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Sejarah Kampung Masjid Baru pada asalnya bernama Tambak Ilin. Apabila terbinanya masjid di sini, kerana pada tahun 1949, penduduk kampung tiada nama yang sesuai untuk menamakan masjid ini, kerana Kampung Nyalas sudah mepunyai sebuah masjid iaitu Masjid Tua Nyalas.

Oleh kerana dalam kampung kariah Masjid Nyalas terlalu luas hingga 10 km sehingga Kampung Pondok Batang, maka, Allahyarham Tuan Haji Mohamad Nor Bin Latiff telah berbincang dengan penduduk kampung untuk mencari satu nama yang sesuai dan telah mencapai kata sepakat untuk menamakan kariah ini sebagai Masjid Baru. Maka nama kampung ini dinamakan sebagai Kampung Masjid Baru bagi memudahkan panggilan dan pengenalan.

Pada tahun 1979 tertubuhnya JKKK prasarana Kampung Masjid Baru, Gubah yang dipengerusikan ketika itu ialah Allahyarham Tuan Haji Mohamad Bin Pindah. Dan sekarang diketuai oleh Encik Ismail Bin Ahmad.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM BAKTI SISWA

14 Disember 2014 | Aktiviti Terkini

Majlis Penutupan Program Bakti Siswa adalah Program Berbakti Menjana Harmoni anjuran Bakti Siswa Universiti Putra Malaysia dengan Kerjasama JKKK Kg. Masjid Baru yang telah diadakan selama tiga hari bermula dari 12 hingga 14 Disember 2014. Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Koh Nai Kwong iaitu ADUN Parlimen Alor Gajah, Melaka. Seramai lebih kurang 70 orang peserta telah terlibat menjayakan program ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Antara aktiviti yang telah diadakan sepanjang program tersebut adalah...... teruskan membaca

THE MYSTERIES OF BOX

28 - 30 November 2014 | Aktiviti Terkini

"THE MYSTERIES OF BOX" atau Peti Misteri merupakan salah satu aktiviti bulanan yang telah diadakan. Aktiviti ini lebih kepada penghargaan, selain untuk menggalakkan orang ramai datang ke PI1M. Antara syarat-syarat aktiviti adalah hanya pengguna yang menggunakan perkhidmatan Internet melebihi satu jam dalam satu masa sahaja dibenarkan untuk membuat cabutan di dalam Peti Misteri...... teruskan membaca

PI1M SHORT ESSAY

19 Oktober 2014 | Aktiviti Terkini

PI1M SHORT ESSAY adalah sebuah pertandingan di mana ia merupakan cetusan idea dan perkongsian pengalaman para pengguna PI1M mengenai kebaikan dan keburukan PI1M. Selain itu, melalui pertandingan ini, kita dapat mengetahui tujuan dan persepsi para pelajar mengenai kewujudan PI1M. Pertandingan ini diadakan untuk para pelajar sekolah menengah sahaja..... teruskan membaca

SEKITAR AUDIT 2014

14 Oktober 2014 | Berita Terkini

Audit daripada pihak SKMM HQ ini berlangsung pada jam 1.00 - 2.15 petang. Pelawat yang turut hadir adalah daripada pihak DiGi dan juga CCM. Audit ini diadakan adalah untuk menilai prestasi PI1M agar sentiasa dalam keadaan baik dan terurus, selain untuk mempertingkatkan perkhidmatan PI1M pada masa akan datang agar selari dengan arus kemajuan negara...... teruskan membaca

PERTANDINGAN JIGSAW PUZZLE - PERDANA MENTERI

21 September 2014 | Aktiviti Terkini

Pertandingan 'Jigsaw Puzzle' ini diadakan bersempena bulan Kemerdekaan. Pertandingan ini dapat melatih mata para peserta agar lebih fokus dan teliti terhadap gambar-gambar yang disediakan, yang mana kaedah ini juga digunakan semasa pembelajaran di sekolah..... teruskan membaca

JAMUAN MERDEKA RAYA

24 Ogos 2014 | Aktiviti Terkini

Pihak pengurusan PI1M Masjid Baru telah berbesar hati dengan mengadakan jamuan kepada semua pengunjung PI1M. Jamuan ini adalah bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan juga Hari Kebangsaan yang ke-57 tahun. Kami berharap.... teruskan membaca

PROGRAM LATIHAN KEUSAHAWANAn percuma

19 Julai 2014 | Berita Semasa

Program Latihan Keusahawanan ini diberikan secara PERCUMA kepada semua, samada mereka yang telah mempunyai perniagaan, mahupun yang baru hendak berkecimpung dalam dunia perniagaan. Program ini akan diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia bermula pada bulan Ogos dan berlangsung selama 2(dua) hari.... teruskan membaca

KLIK DENGAN BIJAK

03 Julai 2014 | Aktiviti Terkini

Program Klik Dengan Bijak ini telah diadakan di Kolej Komuniti Jasin. Program ini juga merupakan program usahama bersama PI1M Taman Muhibah Merlimau. Seramai 93 orang pelajar telah menyertai program ini, serta diiringi oleh dua orang pensyarah iaitu... teruskan membaca

Online math coloring

28 Jun 2014 | Aktiviti Terkini

Pertandingan 'Online Math Coloring' ini adalah satu pertandingan yang menguji minda setiap peserta, di mana mereka perlu mengira jumlah nombor yang dikehendaki sebelum memilih warna yang telah disediakan beserta dengan nombor. Pemilihan para pemenang adalah... teruskan membaca

Online chess & Random Quiz

17 Mei 2014 | Aktiviti Terkini

Dua pertandingan telah diadakan pada hari ini iaitu pertandingan "Online Chess & Random Quiz". Seramai 18 orang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Bagi pertandingan "Online Chess", para peserta akan berlawan antara satu sama lain secara atas talian. Manakala untuk pertandingan Kuiz Rawak pula, Pihak Pengurusan akan bertanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan Pusat Internet ini.... teruskan membaca

Pertandingan Origami

20 April 2014 | Aktiviti Terkini

Pada pertandingan kali ini, para peserta di minta untuk mereka cipta origami menyerupai bentuk “kuda” dan “burung jinjang”, dengan menggunakan Internet sebagai bahan rujukan. Tujuan pertandingan ini adalah untuk membina daya kreativiti para peserta serta kecekapan.... teruskan membaca

Fashionista & Poster #PrayForMH370

28 - 29 Mac 2014 | Aktiviti Terkini

Pertandingan mereka cipta pakaian menggunakan surat khabar. Para peserta diberikan masa selama 2(dua) jam untuk mereka cipta pakaian dengan menggunakan 5 keping surat khabar sahaja. Bagi pertandingan melukis poster pula, peserta diberikan masa selama 2(dua) jam dan 30(tiga puluh) minit untuk disiapkan.... teruskan membaca

Indoor Games

24 Fabruari 2014 | Aktiviti Terkini

Program dimulakan dengan penerangan ringkas mengenai program yang akan dijalankan. Aktiviti pertama yang dijalankan adalah aktiviti "Music Chair" iaitu aktiviti secara individu..... teruskan membaca

Gotong-royong PI1M & Jom Kemaskini BR1M

24 - 25 Januari 2014 | Aktiviti Terkini

Aktiviti Gotong-royong bagi membersihkan Pusat Internet 1 Malaysia diadakan selepas solat Jumaat. Antara aktiviti yang dilakukan adalah mengecat pintu pagar PI1M, membersihkan bahagian dalaman dan halaman PI1M. Di akhir program pihak pengurusan menyediakan jamuan ringkas dan juga cabutan bertuah bagi menghargai jasa peserta. Program Jom Kemaskini BR1M ini adalah program kerjasama JKKK Kg. Masjid Baru.... teruskan membaca

lagi berita & aktiviti