Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Sejarah Kampung Masjid Baru pada asalnya bernama Tambak Ilin. Apabila terbinanya masjid di sini, kerana pada tahun 1949, penduduk kampung tiada nama yang sesuai untuk menamakan masjid ini, kerana Kampung Nyalas sudah mepunyai sebuah masjid iaitu Masjid Tua Nyalas.

Oleh kerana dalam kampung kariah Masjid Nyalas terlalu luas hingga 10 km sehingga Kampung Pondok Batang, maka, Allahyarham Tuan Haji Mohamad Nor Bin Latiff telah berbincang dengan penduduk kampung untuk mencari satu nama yang sesuai dan telah mencapai kata sepakat untuk menamakan kariah ini sebagai Masjid Baru. Maka nama kampung ini dinamakan sebagai Kampung Masjid Baru bagi memudahkan panggilan dan pengenalan.

Pada tahun 1979 tertubuhnya JKKK prasarana Kampung Masjid Baru, Gubah yang dipengerusikan ketika itu ialah Allahyarham Tuan Haji Mohamad Bin Pindah. Dan sekarang diketuai oleh Encik Ismail Bin Ahmad.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017


SUKAN KRT 2017

Aktiviti Terkini | 6 Mei 2017

Aktiviti ini dijalankan di padang awam kampung masjid baru, melibatkan penduduk setempat Kampung Masjid Baru dan dirasmikan oleh YB Datuk Koh Nai Kwong ketua parlimen alor gajah... baca selanjutnya

Majlis Ceramah Agama Sempena Sambutan Israk Mikraj 1438h

Aktiviti Terkini | 21 April 2017

Aktiviti ini dijalankan di masjid Nurul Huda kampung Masjid Baru yang melibatkan penduduk setempat Kampung Masjid Baru dan penduduk luar dan penceramah ialah... baca selanjutnya

Gotong Royong Membersihkan Padang Awam

Aktiviti Terkini | 16 & 23 April 2017

Tujuan gotong royong diadakan adalah untuk menjalankan aktiviti pertandingan bola sepak kawasan dun asahan... baca selanjutnya

Gotong Royong Membersihkan Kubur

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2017

Aktiviti ini dijalankan di tanah perkuburan lama dan tanah perkuburan baru Kampung Masjid Baru serta melibatkan penduduk setempat Kampung Masjid Baru... baca selanjutnya

PERTANDINGAN FAST TYPING 1.0

Aktiviti Terkini | 26 Februari 2017

Acara atau aktiviti bulanan Pusat Internet 1Malaysia dan kerjasama antara PI1M dan penduduk kampung... baca selanjutnya

PERTANDINGAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH TERTUTUP KG MASJID BARU

Aktiviti Terkini | 29 Januari 2017

Acara atau aktiviti bulanan Pusat Internet 1Malaysia dan kerjasama antara PI1M dan penduduk kampung... baca selanjutnya

Mobile E-Waste

Program Terkini

E-Sisa atau Sisa Perkakasan Eletrik dan Eletronik (WEEE) adalah terma yang digunakan untuk semua jenis perkakasan eletrik dan eletronik yang telah di buang. Program ini merupakan satu inisiatif baru Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama industri telekomunikasi yang terdiri daripada Malaysia Technical Standard Forum Berhad (MTSFB), Altel, Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Telekom untuk mengitar semula e-sisa berasaskan SIM (Subscriber Identity Module) seperti telefon bimbit, telefon pintar, tablet, termasuk pengecas dan aksesorinya....... teruskan membaca

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan.baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian. baca selanjutnya